Menjaga Makanan
orang-orang shaleh, lebih-lebih lagi
orang muqarrabin sangat menjaga diri mereka dari termakan makanan
yang haram sampai yang syubhat (tidak jelas antara halal dan haram)
sekalipun. Makanan yang haram menjadi hijab bagi hati untuk
bertaqarrub dan bermusyahadah (berhadap-hadapan) dengan Allah SWT.
apabila hati terhijab maka terlucutlah kedudukan sebagai wali Allah
karna wali menjadi kekasih Allah adalah puncak dari hati yang
senantiasa berhubung dengan Allah.
Memelihara anak-anak daripada makan
makanan haram menjadi tanggung jawab kepada setiap penjaga. Ibu Imam
Syafeii pernah menyolok tekak anaknya karena didapatinya Imam Syafie
meminum susu yang tidak tahu sumbernya. Makanan yang haram akan
membentuk jiwa anak-anak menjadi keras dan membentuk titik-titik
hitam pada hati. Lama kelamaan, titik-titik hitam itu menjadi tompok
hita yang besar kalau tidak diusahakan untuk mengikisnya. Hati yang
tidak berkilat tidak dapat menerima pancaran ilmu dari Allah.
Pancaran ilmu dari Allah akan melantun keluar kalau jatuh pada hati
yang hitam.
Mencegah anak-anak daripada memakan
makanan haram boleh dididik dengan sikap penjaga sendiri. Maksudnya,
penjaga patut menunjukkan sikap yang berhati-hati pada setiap makanan
yang hendak dimakan seperti yang dicontohkan sikap Sayidina Abu Bakar
ketika terminum susu hasil daripada uang zakat yang diberi oleh hamba
sahayanya. Apabila Sayidina Abu Bakar mengetahuinya, dengan pantas
beliau menyolok tekaknya hingga termuntah supaya susu tersebut dapat
dikeluarkan dari perutnya. Perbuatan ini mempunyai pengaruh besar
pada jiwa anak-anak sekiranya dapat direalisasikan didalam hidup
mereka.
Sayidina Umar bin Khattab pernah
mengambl kembali apel yang telah berada dimulut anaknya hingga
menyebabkan anaknya menangis. Sejarah menjelaskan bahwa Sayidina Umat
mengambil kembali apel itu dari mulut anaknya karena apel tersebut
adalah harta daripada Baitul Mal. Menurut hemat saya, Sayidina Umar
bertindak demikian bukan hanya semata-mata karna menjagai hak milik
rakyat tetapi juga karna sangat menjaga keluarganya dari memakan
makanan yang haram.
Mencegah anak-anak dari memakan makanan
haram adalah lebih mudah daripada membuang kotoran hitam di hati
meraka akibat makan makanan haram. Kotoran hitam itu adalah
sifat-sifat mazmumah yang memerlukan proses mujahadah yang lama untuk
mengikisnya untuk mencapai kedudukan wali.
Menyerah kepada Guru Mursyid
Tidak semua ibu bapak menpunyai
kemampuan mendidik anak menjadi wali. Mendidik anak menjadi wali
berarti mendidik rohani mereka. Ini hanya boleh dilakukan oleh pejaga
yang mempunyai mata hati yang berpandangan tembus. Penjaga yang tidak
mempunyai mata hati yang berpandangan tembus tidak dapat melihat
penyakit-penyakit yang tumbuh dihati anaknya. Penyakit yang tidak
dapat dilihat dan tidak pula tahu akan kewujudannya, mana bisa boleh
diobati.
Bagi Ibu Bapak yang menyadari
permasalahan ini maka jalan keluar yang paling bijaksana ialah dengan
menyerahkan anak mereka kepada guru mursyid. Menyerah dalam arti kata
: guru mursyid lebih berhak menentukan kehidupan anaknya daripada
ibu Bapak itu sendiri. Ibu bapak perlu mempunyai keyakinan yang padu
kepada guru mursyid karna sewaktu pembedahan dijalankan untuk
pembersihan rohani, seringkali berlaku perkara-perkara yang tidak
logis bagi akal biasa.
Misalnya, semasa diawal suluk meniti
alam sufi. Hujjatul Islam Imam Ghazali telah menyerahkan dirinya
untuk diproses kepada seorang tukang kasut yang bertaraf guru
mursyid. Dengan sekali pandang, guru tersebut telah nampak penyakit
hati yang berada di hati imam Ghazali. Walaupun imam Ghazali
berkedudukan sebagai tuan guru besar tetapi ilmunya tidak dapat
meneropong kepada perkara-perkara ghaib sampai penyakit hati sendiri.
Menyadari akan kekurangan inilah maka imam Ghazali melangkah kaki
menuju kealam kerohanian. Guru tersebut tidak menyuruh imam Ghazali
membuka kita tetapi menyuruh beliau membuka jubah yang melambangkan
kebesaran kedudukannya.
Kemudian diarahnya imam Ghazali mencuci
longkang dan tandas. Imam Ghazali melakukannya dengan patuh
sehinggalah beberapa lama. Hasil dari kesanggupannya melalui
pembedahan untuk pembersihan rohani, akhirnya Imam Ghazali telah
muncul sebagai seorang ahli sufi yang terkenal dan banyak mengarang
kitab-kitab tasawuf.
Sekali pandang, memang tidak logis
perbuatan guru mursyid tersebut tetapi itulah salah satu cara
pendidikan rohani untuk menghilangkan sifat-sifat mazamumah terutama
rasa sumaah, ujub, riya dan takabbur. Memang rasa terhina apabila
disuruh mencuci longkang dan tandas jika dibandingkan dengan
kedudukan imam ghazali. Tetapi rasa hina itulah yang baik karna rasa
tersebut melambangkan sifat seorang hamba. Bila hati telah dapat
dihilangkan atau dikikis dari sifat mazmumah maka hati jadi berkilat.
Hati yang berkilat dapat menerima nur ilahi dari alam malakut.
Hasilnya, ilmu-ilmu imam ghazali yang dibukakan, semuanya
membicarakan perkara-perkara yang tinggi karna ia datang dari alam
yang tinggi. Ketinggian ilmu imam Ghazali diakui oleh para orientalis
barat. Jadi, kalau ibu bapak sanggup melepaskan anak mereka kepada
guru mursyid untuk dibedah dengan pembedahan yang susah pada
pandangan manusia biasa, maka tunggulah kemuculan anaknya sebagai
orang wali.
Orang-orang shaleh sangat menyakini
kepada guru-guru mursyid untuk mendidik anak mereka. Antara yang
sangat baik untuk kita contohi ialah keyakinan ayah Umar ibnu Aziz
kepada guru anaknya (Umar) yang berada di kota Madinah. Umar pernah
dihukum cukur rambut oleh gurunya karna lewat mengerjakan sembahyang
karna keasyikan menyikat rambut. Apabila Aziz yang sedang berada di
Mesir mendengar hukuman tersebut, beliau telah mengutus sepucuk surat
kepada guru Umar menyatakan terima kasih dan beliau sanggup memberi
40.000 dinar sebagai hadiah kalau guru Umar bersikap begitu lagi.
Sayang seribu kali sayang, sikap Aziz
ayah umar sudah semakin pupus dari pribadi ibu bapak hari ini. Ada
ibu bapak yang marah dengan guru apabila telinga anaknya di jewer
karna nakal. Kalau sampai cedera, tanda guru-guru akan diadukan ke
pengadilan dan kena hukum. Saya teringat kata-kata ibu saya semasa
masih kecil : “Guru hendaklah ditaati. Kalau kamu baik. Orang tidak
akan berlaku lebih jahat kepada kamu.” lantaran ketegasannya, kalau
saya dihukum oleh guru atau kawan-kawan, saya tidak berani untuk
mengadu walaupun saya merasakan kesakitan sekalipun. Kalau saya
mengadu, itu berarti saya melaporkan kejelekan saya. Dan bukan
pembelaan yang saya dapat melainkan pukulan tambahan. Kini saya
menyadari bahwa dengan sikap ibu saya yang tidak pernah memberi
pembelaan diatas setip kesalahan yang saya lakukan, rupanya telah
membawa banyak manfaat kepada hidup saya kini.
Seorang ibu di Jawa telah membawa
anaknya untuk diserah kepada seorang guru Mursyid untuk dididik
dengan penyerahan yang bulat. Guru tersebut sudah nampak dari jauh
dengan pandangan mukasyafahnya. Lalu beliau berkata kepada anak-anak
murid yang lain : “Bersiap sedialah karna sebentar lagi ada seekor
harimau akan datang dan pukullah harimau itu dengan tongkat sampai
mati.” yang dimaksudkan dengan harimau ialah anak yang dihantar
oleh ibu tadi mempunyai sifat seperti harimau. Apabila sampai, mereka
pun pukul sampai mati. Ibu tadi tidak berkata apa-apa karna ia
meyakini kepada guru tersebut. Setelah dikafan, didapati mayat anak
ibu itu bergerak-gerak dan rupanya masih hidup.
Sebenarnya, guru mursyid itu telah
melakukan pembedahan rohani untuk membuang mazmumah anak ibu itu, dan
dizahirkan pembedahan tersebut seperti kisah yang terjadi supaya
dapat menjadi pengajaran kepada orang lain. Selepas berlaku peristiwa
itu, anak tersebut telah menjadi orang alim karena hatinya telah
bersih untuk menerima pancaran ilmu dari Allah. (Sumber buku
“Bagaimana menjadi wali” Hal 61-65 karya Ust. Abd. Halim Abbas)
No comments:
Post a Comment