Memberi Tarbiah
Tarbiah atau didikan untuk melahirkan
generasi wali, perlu bermula sejak anak-anak itu berada didalam
kandungan ibunya lagi dan diikuti terus hingga keluar dari kandungan.
a. Tarbiah didalam kandungan
pengalaman dan perasaan ibu sewaktu
mengandung mempunyai pengaruh yang besar terhadap sikap dan jiwa
anak-anak kelak. Pembentukan daging dan darah anak dari darah ibu dan
ditiup roh anak didalam rahim ibu menyebabkan gelombang perasaan ibu
akan sama diterima oleh anak yang berada didalam kandungan. Hasilnya,
ketenangan jiwa ibu sewaktu mengandung boleh membentuk ketenangan
pada jiwa anak-anak kelak.
Menurut kajian psikologi Islam,
anak-anak yang tumbuh dari rahim ibu bapa yang suka bergaduh akan
melahirkan watak-watak generasi yang ganas. Daripada pengalaman saya
sendiri, saya pernah berjumpa dengan seorang pemuda yang wajahnya
senantiasa muram seperti orang yang susah hati walau dalam suasana
yang bagaimana riang sekalipun, setelah dikaji selidik, saya dapati
sewaktu pemuda tersebut didalam kandungan, ibunya telah bertindak
untuk membakar rumah karna bertengkar dengan ayahnya.
Oleh itu, Ibu Bapak hendaklah mengawal
perasaan mereka daripada dilanda kemarahan, kegelisahan atau
kesedihan sewaktu anak berada didalam kandungan. Banyakkan berzikir,
membaca Al-Quran, berpuasa, sembahyang sunah, bersedekah dan apa saja
kebaikan yang bisa dilakukan. Si Bapak yang keluar rumah untuk
berjuang menegakkan kalimah Allah dan Ibu yang tinggal dirumah
senantiasa beribadah. Roh Islam mereka akan menyerap masuk kedalam
jiwa anak yang berada didalam kandungan. Seperti lahirnya watak
Muhammad Al-Fateh adalah pengaruh dari roh jihad dan roh sufi
ayahnya, sewaktu berada didalam kandungan ibu yang patuh kepada
Allah.
Begitu juga jika sibapak yang keluar
rumah untuk berpoya-poya dan ibu yang ditinggal bermain kayu tiga,
roh jahat mereka akan menyerap masuk kedalam jiwa anak yang berada
didalam kandungan menjadi pendurhaka. Seperti lahirnya Marilyn Monroe
yang mengakui dirinya sebagai anak zina.
Mengidam kepada makanan-makanan yang
pelik dan kadang-kadang ada ibu yang mengidam kepada daging babi
adalah satu petanda yang tidak baik kepada pembentukan sikap dan jiwa
anak-anak kelak. Masakan yang lahir dari rahim ibu yang makan makanan
haram. Tentulah penjahat atau manusia yang durhaka kepada tuhan yang
bakal dilahirkan. Sewaktu Abu Yazid Al-Busthamo berada didalam
kandungan, ibunya tidak dapat mengangkat tangan untuk mengambil
apabila dikasih makanan haram. Tangan ibunya dengan mudah dapat
diangkat untuk mengambil apabila dikasih makanan halal. Tegasnya
makanan ibu-ibu waktu mengandung hendaklah dijaga daripada
benda-benda haram supaya generasi wali dapat dilahirkan.
Kekuatan jiwa dan akal anak-anak juga
ada kaitan dengan kekuatan jiwa dan akal ibu ketika mengandung. Nabi
Ismail a.s telah lahir dari rahim siti Hajar yang tabah mengandung
ujian. Nabi Isa a.s. Lahir dari rahim siti Maryam yang suci.
Rasulullah SAW lahir dari rahim siti Aminah yang sabar menanggung
kesusahan-kesusahan hidup. Mereka semua adalah manusia-manusia yang
kuat jiwa, akal dan jasmani. Jadi, anak-anak yang lemah jiwa dan
akal, faktor besarnya adalah daripada kesilapan ibu-ibu waktu
mengandung.
Kesimpulannya, anak-anak yang bakal
dilahirkan ada hubungan erat dengan tempo sembilan bulan mereka
berada didalam kandungan ibu. Pendidikan yang diterima ada hubungan
terkait dengan pengalaman dan perasaan ibu selama mereka berada
didalam kandungan.
Proses pendidikan didalam kandungan
berterusan sehinggalah berhubung dengan suasana ketika ibu
melahirkan anak.
Susah atau senang melahirkan kandungan
adalah lambang pribadi anak itu sendiri. Siti Aminah memberitahu
bahwa beliau tidak pernah merasai kelelahan atau kesusahan ketika
mengandung dan melahirkan Rasulullah SAW, Nabi junjungan umat.
b. Tarbiah diluar kandungan
Sabda Rasulullah SAW : “Awal agama
mengenal Allah”.
Telinga adalah panca indera yang paling
berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada hati anak-anak yang baru
lahir. Ibu-ibu hendaklah menggunakan panca indera ini untuk
mengenalkan anak kecil kepada Allah dengan mendengarkan mereka dengan
nasyid-nasyid yang mempunyai roh Islam. Lama kelamaan mereka akan
faham sendiri apabila umur meningkat. Anak kecil jangan didengarkan
dengan lagu rock and roll atau lagu putus cinta karna ia boleh
merusakkan fitrah mereka yang bersih. Perbuatan ini merusakkan
pengenalan pertama yang patut diberi kepada anak-anak yang dituntut
oleh syariat. Sabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap nak itu dilahirkan
mengikut fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapaknya yang
menjadikannya sama ada yahudi, nasrani atau majusi. (Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Sebelum anak-anak mencapai usia belasan
tahun, alam sekelilingnya mempunyai pengaruh yang besar dalam
membentuk sikap dan jiwa mereka. Ibu bapak hendaklah mengambil
peluang ini untuk membentuk anak menjadi wali yang progresif lagi
dinamik wujudkan alam sekeliling mereka dengan mengadakan
perbincangan-perbincangan orang dewasa yang ilmiah sama ada secara
formal dan informal. Apa yang penting mereka tidak tahu bahwa majlis
yang dihadapan mereka adalah untuk membentuk diri mereka.
Sebaik-baiknya, seringkali mengadakan kuliah-kuliah pengajian agama
dan majlis-majlis zikrullah dirumah. Walaupun ilmu yang dibahas tidak
sesuai untuk peringkat umur anak-anak tetapi suasana tersebut
mempunyai pengaruh yang positif kepada perkembangan akal dan jiwa
mereka.
Kaedah ini boleh dibandingkan dengan
ibu bapak yang sering menampakkan ketegangan hubungan mereka
dihadapan anak-anak. Walaupun pada masa itu anak-anak tidak
memahaminya tetapi suasana tersebut membawa kesan yang negatif pada
perkembangan pribadi mereka. Lihat kepada kehidupan orang-orang cina,
anak-anak mereka banyak yang menjadi ahli perniagaan karna sejak dari
kecil mereka telah terbiasa dengan perbincangan Ibu Bapak tentang
uang dan untung.
Imam Syafei boleh hafal Al-Quran dalam
usia 9 tahun. Karna sejak dari kecil beliau sering mendengar ibunya
membaca Al-Quran. Meskipun waktu itu beliau tidak memahaminya tetapi
suasana alam sekelilingnya telah banyak membantu beliau menghafal dan
memahami Al-Quran.
Untuk memperlanjutkan tarbiah, ambil
kesempatan selama 10 menit sebelum tidur untuk bercerita kepada
anak-anak tentang sejarah tokoh-tokoh Islam dan kisah orang-orang
yang berakhlak mulia. Kisah orang berjaya dapat jadi pendorong kepada
anak-anak untuk jadi orang berjaya. Kisah orang berani jadi pendorong
kepada anak-anak untuk jadi orang yang berani. Kisah orang yang
berakhlak mulia jadi pendorong untuk jadi orang yang berakhlak mulia.
Begitulah juga sebaliknya. Cerita-cerita hantu membentuk jiwa anak
jadi penakut dan cerita orang yang gagal membentuk jiwa anak jadi
pasif. Oleh itu, ambillah kesempatan waktu sebelum tidur untuk
membentuk anak-anak menjadi wali dengan bercerita. Waktu ini berkesan
untuk ibu bapak terapkan hasrat mereka karna cerita-cerita tersebut
akan dibawa oleh anak hingga ke tidur, meresap masuk kedalam roh dan
seterusnya menjadi cita-cita.
Anak-anak jangan dibawa ketempat-tempat
mungkar. Sayidina Ali diberi oleh Allah gelar Karamallahhuwajhah
(Allah merahmati wajahnya) karna beliau tidak pernah menyembah
berhala. Rasulullah SAW dua kali tertidur dipertengahan jalan apabila
setiap kali beliau berniat untuk melangkah kaki keperayaan di kota
Mekkah. Pada hakikatnya Allah yang telah menidurkan beliau karna
hamba yang maksum dipelihara dirinya daripada menjejaki tempat-tempat
mungkar. Jadi kalau mau anak jadi wali, mereka jangan dibawa
ketempat-tempat mungkar atau tempat-tempat yang tidak berkat. Seperti
pergi ke Batu Caves, Candi Borobudur, Laut Mati atau majlis tari
menari. Lebih-lebih lagi jangan membawa anak-anak ke dukun untuk
diobati. Anak-anak yang bakal jadi wali jangan dirusakkan dengan obat
dari orang-orang yang mengkufurkan tuhan. (Sumber “Bagaimana
menjadi wali karya Ust. Abd. Halim Abbas Hal : 56-61 dengan sedikit
edit kata”)
No comments:
Post a Comment