Bagaimana menjadi wali bag. 5

Memilih pasangan
perkawinan antara benih pohon yang baik dengan benih pohon yang baik akan melahirkan benih pohon yang baik. Begitu juga perkawinan antara benih lelaki yang baik dengan benih wanita yang baik akan melahirkan anak yang baik. Rasulullah telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik yaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang lebih utama dipilih atas agamanya.
Nabi-nabi lahir hasil dari perkawinan benih yang baik. Nabi Muhammad SAW lahir hasil dari perkawinan benih Abdullah yang mulia dengan siti Aminah yang mulia. Nabi Ismail a.s lahir hasil dari perkawinan benih nabi Ibrahim Khalilullah dengan siti Hajar wanita yang tabah. Nabi Yusuf a.s lahir hasil dari perkawinan benih nabi Yaakub a.s. Dengan Raihanah wanita yang patuh. Nabi Isa a.s lahir hasil dari perkawinan roh yang ditiup oleh malaikat ke dalam rahim Siti Maryam, wanita penghulu syurga.
Wali-wali Allah juga lahir hasil dari pertemuan benih yang baik. Syeikh Abdul Kadir Jailani lahir hasil dari perkawinan benih Abu Saleh Janghidost dengan Fatimah. Abu Saleh adalah keturunan Imam Hasan dan beliau adalah seorang pemuda yang sangat cinta kepada Allah. Kewarakannya boleh dilihat daripada sejarah hidupnya.
Sebelum bertemu jodoh dengan fatimah. Pada suatu hari seperti biasa beliau d uduk ditepi sungai bertafakur dengan menutup mata. Apabila dibuka mata, perutnya terasa sangat lapar karna sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji apel sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Sewaktu sedang mengunyah maka tergeraklah dihatinya bahwa apel tersebut ada hak milik orang, dan Abu Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa karna memakan buah apel tersebut tanpa meminta izin daripada pemiliknya terlebih dahulu.
Atas rasa takut kepada tuhan, Abu Saleh menyusuri kehulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan yang punya apel tersebut untuk meminta maaf (halal). Setelah berhati-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok Apel dan yakinlah ia bahwa apel yang dimakan tempo hari adalah dari pohon itu. Tanpa membuang waktu, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pohon apel yaitu Abdullah Saumi yang berketurunan dari Imam Husin. Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Abdullah Saumi telah jatuh hati pada akhlak Abu Saleh dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu beliau telah membuat trik dengan memaafkan kesalahan Abu Saleh tapi dengan bersyarat. Syaratnya Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk mengurus kebun apelnya. Abu Saleh telah mematuhi hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempo tersebut.
Setelah berlalu 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahwa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengawini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua tangan serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal disitu selama dua tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat tetapi demmi mencari keridhaan Tuhan, diturutinya juga.
Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi istri beliau. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita yang berada dihadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mau didekatinya wanita tersebut karna disangkanya bukan istrinya.
Dengan pandangan mukasyafah, Abdullah Saumi dapat melihat apa yang terjadi kepada anak menantunya. Pada esok harinya, Abdullah Saumi menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh. “Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya karna ia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya. Pekak telinganya karna tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua tangannya karna tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan keatasnya, dan lumpuh kedua kakinya karna tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar.” selepas itu barulah abu mau menyentuh istrinya. Pertemuan benih antara lelaki yang cinta kepada Allah dengan wanita yang cinta kepada telah melahirkan seorang wali besar yang kakinya berada diatas semua leher wali wali Allah.
Kelahiran khalifah Umar bin Aziz juga adalah hasil dari perkawinan benih antara lelaki yang baik dengan wanita yang baik. Datuk Umar ibnu Aziz adalah anak kepada Sayidina Umar ibnu khattab dan neneknya adalah seorang wanita yang warak bernama Fatimah. Fatimah dinikahkan dengan Abdullah adalah atas pilihan Sayidina Umar sendiri karna berkenan dengan pribadinya. Pada suatu malam, seperti biasa Sayidina Umar mengadakan ronda untuk meninjau kehidupan rakyatnya sehingga beliau sampai ke rumah Fatimah. Tanpa disadari akan kehadiran Sayidina Umar, Fatimah dan Ibunya telah bertikai mengenai susu yang hendak dijual. Ibu fatimah memintanya menambah air kedalam susu supaya mendapat keuntungan. Sedangkan fatimah menahan kehendak ibunya karna itu bermakna mereka menipu pelanggan. Ibunya berkata, “Umar tidak melihat apa yang kita buat.” Jawab Fatimah.
Sayidina Umar telah mendengar perbualan mereka dan lantaran kewarakan Fatimah maka dipinangnya untuk dijadikan menantu.
Dengan pandangan yang mukasyafah, Sayidina Umar ibnu Khattab memberitahu bahwa, “Akan lahir, seorang pemimpin yang membawa keadailan dari keturunan Abdullah dan Fatimah. Namanya serupa dengan nama aku.” Sewaktu negara Islam berada dibawah pemerintahan Umar ibnu Abdul Aziz, kambing dan serigala boleh berkawan disebabkan keadilan beliau yang merata. Kewafatan beliau ditangisi. Dari pertemuan benih lelaki dan wanita manakah lagi yang mampu untuk melahirkan Umar Abdul Aziz yang kedua?
Bisyru Al Haafi yang dipilih menjadi wali secara Mauhibah turut datang dari pertemuan benih lelaki dan wanita yang baik bahkan dari ayah dan ibu beliau telah lahir seorang lagi manusia yang bertaqwa yaitu adik perempuan kepada bisyru. Setelah bisyru wafat, adik beliau telah pergi berjumpa dengan imam Ahmad bin Hambal dan bertanya : “Kami bekerja menenun pakaian didalam rumah. Kadang-kadang melintas sejumlah orang membawa lampu yang cahayanya masuk kerumah kami. Apakah kami boleh menenun dibawah cahaya tersebut?”
pertanyaan adik bisyru itu dijawab dengan pertanyaan juga oleh Imam bin Hambal, “Ibu kepada siapa kamu?”
“Saya saudara perempuan kepada Bisyru.”
tiba-tiba Imam Ahmad bin Hambal menangis sampai membawa hadirin disekeliling turut menangis. Kemudian beliau berkata, “dari rumah (ibu bapa) tuan-tuan telah lahir manusia yang warak dan zuhud. Oleh itu, janganlah ibu menenun didalam cahaya lampu orang-orang yang melintas. Bagi kepala keluarga bisyru tidak pantas melakukan apa yang harus dibuat oleh manusia lain.” (Sumber Buku “Bagaimana menjadi wali “ Hal 45-49)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...