Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka (At-Tahrim : 6)
Allah menuntut setiap orang daripada
kita memelihara diri dari api neraka dan juga ahli keluarga terutama
anak istri yang menjadi tanggung jawab masing-masing. Menanam
cita-cita untuk melahirkan generasi wali adalah tindakan yang
bijaksana karna wali adalah orang yang beriman dan bertakwa. Orang
yang beriman dan bertakwa dijanjikan keselamatan mereka di dunia dan
diakhirat. Firman Allah : Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah,
akan Allah lepaskan dari kesusahan hidup dan diberi-Nya dari sumber
yang tidak diduga. (At-Thalaq: 2-3)
Firman Allah : “Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh akan memperolehi
syurga yang penuh kenikmatan (Luqman : 8)
bercita-cita untuk menjadi Rasul atau
Nabi adalah cita-cita yang mustahil karna mereka adalah manusia
pilihan tuhan. Sebaliknya bercita-cita menjadi wali sangat tepat,
bersesuaian dengan kedudukan kita sebagai orang awam. Sekalipun
cita-cita menjadi wali tidak tercapai tetapi matlamat untuk mencapai
kedudukan yang tinggi di sisi Allah tidak tergelincir terlalu jauh.
Sekurang-kurangnya kedudukan sebagai orang shaleh (orang-orang baik)
atau golongan Abrar (orang-orang yang berbakti) atau golongan Al
Faizun (orang yang mendapat kemenangan) atau golongan Ashabul Yamin
(orang-orang yang menerima suratan amal dari sebelah tangan kanan di
padang mahsyar) dapat dicapai. Golongan ini masuk syurga tapi agak
lambat karna dihisab terlebih dahulu.
Mendidik diri sendiri menjadi wali
lebih susah dari mendidik anak-anak. Hidup orang yang sudah
bergelimang dan terpaut dengan kehidupan duniawi lebih payah dibentuk
dari pada membentuk hidup anak-anak yang masih rebung. Ini umpama
mengukir diatas bekas hapusan ukiran yang tidak mungkin menghasilkan
karya yang cemerlang jika dibandingkan mengukir diatas batu yang
bersih dari ukiran. Sabda Rasulullah SAW : “Kullu Mauludin Yuuladu
alal Fitrah” (Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah)
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan ini bukan bermaksud untuk
mematahkan cita-cita orang dewasa untuk menjadi wali, tetapi untuk
memberitahu bagaimana bentuk-bentuk pendidikan yang perlu dhberi
mengikut kategori masing-masing.
Mendidik anak-anak menjadi wali adalah
tanggungjawab ibu bapak dan masyarakat disekelilingnya. Penglihatan
semua orang ini akan membolehkan kita melahirkan generasi yang baik.
Generasi yang baik dapat membentuk negara jadi baik. Firman Allah :
“Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghaffur” (Negara baik (makmur)
yang mendapat ampunan tuhan (As.Saba :15) )
wali bukan keturunan, bukan harta
warisan. Anak para wali ada yang menjadi orang fasiq dan ada yang
durhaka kepada tuhan. Seperti juga anak nabi Nuh dan istri nabi Luth
yang menjadi manusia yang ingkar dengan Tuhan. Usaha ikhtiar perlu
diadakan untuk membentuk anak-anak menjadi wali setelah didahului
dengan rasa tawakal.
Kalau rezim komunis mengadakan
pendidikan khas untuk melahirkan anak-anak yang berfahaman komunis
supaya ideologi mereka ada penyambung. Maka kita umat Islam lebih
patut mengadakan pendidikan sendiri yaitu pendidikan rohani untuk
melahirkan wali-wali supaya dapat mendaulahkan Islam kembali
sebagaimana pendidikan Rasulullah terhadap sahabat-sahabat di Mekkah
dan Madinah, pendidikan Imam Ghazali di Baghdad dan pendidikan Hasan
Al Basri terhadap murid-murid di Bashrah.
Antara kaedah-kaedah untuk melahirkan
generasi wali adalah sebagai berikut :
Memelihara Keturunan
Keturunan zina tidak berhak menjadi
wali. Tidak ada yang menjadi Rasul dan Nabi dari keturunan zina.
Begitu juga tidak ada yang menjadi wali dari keturunan zina. Nabi
Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul adalah dari keturunan yang sangat
terang silsilahnya hinga sampai ke Nabi Ibrahim. Walaupun Rabiatul
Adawiyah perna hidup bertukar dari satu tangan lelaki kepada satu
tangan lelaki, tetapi ketika itu beliau adalah seorang hamba sahaya
yang dimiliki oleh tuan. Beliau sangat berkeinginan untuk menjadi
orang yang merdeka tetapi tidak punya harta untuk menebus diri.
Sehinggalah pada suatu hari beliau dibebaskan oleh tuannya apabila
tuannya mendengar Rabiatul Adawiyah merayu ditengah malam : “Tuhanku!
Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan
perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa,
wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa
malam dan siang dengan melakukan ibadah kepada-Mu. Tetapi apa yang
boleh aku buat karna Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”
Ibu Rabiatul Adawiyah adalah seorang
perempuan yang solehah dan yang senantiasa mendoakan
kesejahteraannya. Ini membuktikan Rabiatul Adawiyah adalah keturunan
yang baik. Keturunan baik adalah ibarat batu mutiara. Batu Mutiara
walaupun dilempar kedalam lumpur akan tetap kekal sebagai batu
mutiara.
Anak zina juga tidak berhak diwalikan
oleh ayahnya dan tidak berhak mewarisi sebarang harta. Menerangkan
kedudukan anak zina bukan menyuruh kita membenci anak zina, tetapi
untuk memberi peringatan supaya jangan sesekali melibatkan diri dalam
kancah zina. Firman Allah “Jangan kau hampiri zina” (Al-Isra :32)
menurut pengalaman kebanyakan guru
agama di Malaysia, memang sukar untuk mendidik anak-anak zina. Jiwa
mereka lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada melakukan
kebaikan. Menurut penyelidikan ahli-ahli ruhani, kebanyakan daripada
penentang-penentang agama adalah terdiri daripada keturunan anak
zina. Pertalian daripada percampuran yang haram sangat mendorng anak
yang lahir melakukan pekerjaan yang haram. Pembentukkan darah dan
daging daripada percampuran yang haram sangat menyukarkan malaikat
Mulhim menduduki hati mereka untuk membisikkan kebaikan, tetapi
sangat memudahkan syaithan menduduki hati mereka untuk membisikkan
kejahatan.
Dalam menghadapi permasalahan ini, anak
zina tidak berhak dipersalahkan tetapi lelaki dan wanita yang
melakukan zina yang patut dihukum rotan 100 kali atau dirajam sampai
mati karna akibat dari perbuatan mereka yang terkutuklah generasi
yang dilahirkan menjadi porak poranda.
Terjadinya anak zina bukan hanya
disebabkan berhubungan tanpa nikah, tetapi boleh juga terjadi
sebabkan nikah yang rusak ataupun zazat. Nikah menjadi rusak apabila
wali dan saksi terdiri daripada orang-orang yang fasiq. Nikah menjadi
cacat apabila kenduri kawin dipenuhi kemungkaran seperti percampuran
bebas antara lelaki dan wanita, persandingan dan majlis tari menari.
Sekiranya dilihat dari corak perkawinan masyarakat hari ini yang
banyak tidak menepati syariat, maka dari itu banyaklah anak-anak zina
yang dilahirkan. Justru itu, kita mendapati sangat sukar untuk
mendidik manusia hari ini menjadi baik karna keturunan sudah tidak
jelas bersihnya. Akhirnya, wali-wali Allah sudah semakin berkurangan
dibumi ini, sedangkan wujud mereka dapat membawa rahmat dan menolak
bala bencana. Firman Allah : “Jikalau penduduk kampung yang beriman
dan bertaqwa maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit
dan bumi.” (Al-A'araf : 96)
oleh itu, untuk membentuk generasi wali
maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat. Wali dan
saksi sekurang-kuranya hendaklah terdiri daripada orang shaleh dan
kenduri kawin hendaklah tercegah daripada mungkar. Lafaz talak
hendaklah dipelihara dengan baik, jangan sesekali dijadikan bahan
senda gurau atau perbualan harian. Contohnya, si suami berkata kepada
istri : “kelau engkau balik kampung juga, maka pulanglah terus.”
pulang terus disini dengan niat jatuh talak. Dan seandainya si istri
pulang maka jatuhlah talaknya. Setelah peristiwa ini berlaku tetapi
masih tidur bersama, alamat lahirlah anak zina. (Sumber Buku
Bagaimana menjadi wali Hal 40-45 dengan sedikit edit kata-kata)
No comments:
Post a Comment