Bagaimana menjadi wali bag. 8

Menjaga Makanan
orang-orang shaleh, lebih-lebih lagi orang muqarrabin sangat menjaga diri mereka dari termakan makanan yang haram sampai yang syubhat (tidak jelas antara halal dan haram) sekalipun. Makanan yang haram menjadi hijab bagi hati untuk bertaqarrub dan bermusyahadah (berhadap-hadapan) dengan Allah SWT. apabila hati terhijab maka terlucutlah kedudukan sebagai wali Allah karna wali menjadi kekasih Allah adalah puncak dari hati yang senantiasa berhubung dengan Allah.
Memelihara anak-anak daripada makan makanan haram menjadi tanggung jawab kepada setiap penjaga. Ibu Imam Syafeii pernah menyolok tekak anaknya karena didapatinya Imam Syafie meminum susu yang tidak tahu sumbernya. Makanan yang haram akan membentuk jiwa anak-anak menjadi keras dan membentuk titik-titik hitam pada hati. Lama kelamaan, titik-titik hitam itu menjadi tompok hita yang besar kalau tidak diusahakan untuk mengikisnya. Hati yang tidak berkilat tidak dapat menerima pancaran ilmu dari Allah. Pancaran ilmu dari Allah akan melantun keluar kalau jatuh pada hati yang hitam.
Mencegah anak-anak daripada memakan makanan haram boleh dididik dengan sikap penjaga sendiri. Maksudnya, penjaga patut menunjukkan sikap yang berhati-hati pada setiap makanan yang hendak dimakan seperti yang dicontohkan sikap Sayidina Abu Bakar ketika terminum susu hasil daripada uang zakat yang diberi oleh hamba sahayanya. Apabila Sayidina Abu Bakar mengetahuinya, dengan pantas beliau menyolok tekaknya hingga termuntah supaya susu tersebut dapat dikeluarkan dari perutnya. Perbuatan ini mempunyai pengaruh besar pada jiwa anak-anak sekiranya dapat direalisasikan didalam hidup mereka.
Sayidina Umar bin Khattab pernah mengambl kembali apel yang telah berada dimulut anaknya hingga menyebabkan anaknya menangis. Sejarah menjelaskan bahwa Sayidina Umat mengambil kembali apel itu dari mulut anaknya karena apel tersebut adalah harta daripada Baitul Mal. Menurut hemat saya, Sayidina Umar bertindak demikian bukan hanya semata-mata karna menjagai hak milik rakyat tetapi juga karna sangat menjaga keluarganya dari memakan makanan yang haram.
Mencegah anak-anak dari memakan makanan haram adalah lebih mudah daripada membuang kotoran hitam di hati meraka akibat makan makanan haram. Kotoran hitam itu adalah sifat-sifat mazmumah yang memerlukan proses mujahadah yang lama untuk mengikisnya untuk mencapai kedudukan wali.

Menyerah kepada Guru Mursyid
Tidak semua ibu bapak menpunyai kemampuan mendidik anak menjadi wali. Mendidik anak menjadi wali berarti mendidik rohani mereka. Ini hanya boleh dilakukan oleh pejaga yang mempunyai mata hati yang berpandangan tembus. Penjaga yang tidak mempunyai mata hati yang berpandangan tembus tidak dapat melihat penyakit-penyakit yang tumbuh dihati anaknya. Penyakit yang tidak dapat dilihat dan tidak pula tahu akan kewujudannya, mana bisa boleh diobati.
Bagi Ibu Bapak yang menyadari permasalahan ini maka jalan keluar yang paling bijaksana ialah dengan menyerahkan anak mereka kepada guru mursyid. Menyerah dalam arti kata : guru mursyid lebih berhak menentukan kehidupan anaknya daripada ibu Bapak itu sendiri. Ibu bapak perlu mempunyai keyakinan yang padu kepada guru mursyid karna sewaktu pembedahan dijalankan untuk pembersihan rohani, seringkali berlaku perkara-perkara yang tidak logis bagi akal biasa.
Misalnya, semasa diawal suluk meniti alam sufi. Hujjatul Islam Imam Ghazali telah menyerahkan dirinya untuk diproses kepada seorang tukang kasut yang bertaraf guru mursyid. Dengan sekali pandang, guru tersebut telah nampak penyakit hati yang berada di hati imam Ghazali. Walaupun imam Ghazali berkedudukan sebagai tuan guru besar tetapi ilmunya tidak dapat meneropong kepada perkara-perkara ghaib sampai penyakit hati sendiri. Menyadari akan kekurangan inilah maka imam Ghazali melangkah kaki menuju kealam kerohanian. Guru tersebut tidak menyuruh imam Ghazali membuka kita tetapi menyuruh beliau membuka jubah yang melambangkan kebesaran kedudukannya.
Kemudian diarahnya imam Ghazali mencuci longkang dan tandas. Imam Ghazali melakukannya dengan patuh sehinggalah beberapa lama. Hasil dari kesanggupannya melalui pembedahan untuk pembersihan rohani, akhirnya Imam Ghazali telah muncul sebagai seorang ahli sufi yang terkenal dan banyak mengarang kitab-kitab tasawuf.
Sekali pandang, memang tidak logis perbuatan guru mursyid tersebut tetapi itulah salah satu cara pendidikan rohani untuk menghilangkan sifat-sifat mazamumah terutama rasa sumaah, ujub, riya dan takabbur. Memang rasa terhina apabila disuruh mencuci longkang dan tandas jika dibandingkan dengan kedudukan imam ghazali. Tetapi rasa hina itulah yang baik karna rasa tersebut melambangkan sifat seorang hamba. Bila hati telah dapat dihilangkan atau dikikis dari sifat mazmumah maka hati jadi berkilat. Hati yang berkilat dapat menerima nur ilahi dari alam malakut. Hasilnya, ilmu-ilmu imam ghazali yang dibukakan, semuanya membicarakan perkara-perkara yang tinggi karna ia datang dari alam yang tinggi. Ketinggian ilmu imam Ghazali diakui oleh para orientalis barat. Jadi, kalau ibu bapak sanggup melepaskan anak mereka kepada guru mursyid untuk dibedah dengan pembedahan yang susah pada pandangan manusia biasa, maka tunggulah kemuculan anaknya sebagai orang wali.
Orang-orang shaleh sangat menyakini kepada guru-guru mursyid untuk mendidik anak mereka. Antara yang sangat baik untuk kita contohi ialah keyakinan ayah Umar ibnu Aziz kepada guru anaknya (Umar) yang berada di kota Madinah. Umar pernah dihukum cukur rambut oleh gurunya karna lewat mengerjakan sembahyang karna keasyikan menyikat rambut. Apabila Aziz yang sedang berada di Mesir mendengar hukuman tersebut, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada guru Umar menyatakan terima kasih dan beliau sanggup memberi 40.000 dinar sebagai hadiah kalau guru Umar bersikap begitu lagi.
Sayang seribu kali sayang, sikap Aziz ayah umar sudah semakin pupus dari pribadi ibu bapak hari ini. Ada ibu bapak yang marah dengan guru apabila telinga anaknya di jewer karna nakal. Kalau sampai cedera, tanda guru-guru akan diadukan ke pengadilan dan kena hukum. Saya teringat kata-kata ibu saya semasa masih kecil : “Guru hendaklah ditaati. Kalau kamu baik. Orang tidak akan berlaku lebih jahat kepada kamu.” lantaran ketegasannya, kalau saya dihukum oleh guru atau kawan-kawan, saya tidak berani untuk mengadu walaupun saya merasakan kesakitan sekalipun. Kalau saya mengadu, itu berarti saya melaporkan kejelekan saya. Dan bukan pembelaan yang saya dapat melainkan pukulan tambahan. Kini saya menyadari bahwa dengan sikap ibu saya yang tidak pernah memberi pembelaan diatas setip kesalahan yang saya lakukan, rupanya telah membawa banyak manfaat kepada hidup saya kini.
Seorang ibu di Jawa telah membawa anaknya untuk diserah kepada seorang guru Mursyid untuk dididik dengan penyerahan yang bulat. Guru tersebut sudah nampak dari jauh dengan pandangan mukasyafahnya. Lalu beliau berkata kepada anak-anak murid yang lain : “Bersiap sedialah karna sebentar lagi ada seekor harimau akan datang dan pukullah harimau itu dengan tongkat sampai mati.” yang dimaksudkan dengan harimau ialah anak yang dihantar oleh ibu tadi mempunyai sifat seperti harimau. Apabila sampai, mereka pun pukul sampai mati. Ibu tadi tidak berkata apa-apa karna ia meyakini kepada guru tersebut. Setelah dikafan, didapati mayat anak ibu itu bergerak-gerak dan rupanya masih hidup.
Sebenarnya, guru mursyid itu telah melakukan pembedahan rohani untuk membuang mazmumah anak ibu itu, dan dizahirkan pembedahan tersebut seperti kisah yang terjadi supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain. Selepas berlaku peristiwa itu, anak tersebut telah menjadi orang alim karena hatinya telah bersih untuk menerima pancaran ilmu dari Allah. (Sumber buku “Bagaimana menjadi wali” Hal 61-65 karya Ust. Abd. Halim Abbas)

Bagaimana menjadi wali bag. 7

Memberi Tarbiah
Tarbiah atau didikan untuk melahirkan generasi wali, perlu bermula sejak anak-anak itu berada didalam kandungan ibunya lagi dan diikuti terus hingga keluar dari kandungan.
a. Tarbiah didalam kandungan
pengalaman dan perasaan ibu sewaktu mengandung mempunyai pengaruh yang besar terhadap sikap dan jiwa anak-anak kelak. Pembentukan daging dan darah anak dari darah ibu dan ditiup roh anak didalam rahim ibu menyebabkan gelombang perasaan ibu akan sama diterima oleh anak yang berada didalam kandungan. Hasilnya, ketenangan jiwa ibu sewaktu mengandung boleh membentuk ketenangan pada jiwa anak-anak kelak.
Menurut kajian psikologi Islam, anak-anak yang tumbuh dari rahim ibu bapa yang suka bergaduh akan melahirkan watak-watak generasi yang ganas. Daripada pengalaman saya sendiri, saya pernah berjumpa dengan seorang pemuda yang wajahnya senantiasa muram seperti orang yang susah hati walau dalam suasana yang bagaimana riang sekalipun, setelah dikaji selidik, saya dapati sewaktu pemuda tersebut didalam kandungan, ibunya telah bertindak untuk membakar rumah karna bertengkar dengan ayahnya.
Oleh itu, Ibu Bapak hendaklah mengawal perasaan mereka daripada dilanda kemarahan, kegelisahan atau kesedihan sewaktu anak berada didalam kandungan. Banyakkan berzikir, membaca Al-Quran, berpuasa, sembahyang sunah, bersedekah dan apa saja kebaikan yang bisa dilakukan. Si Bapak yang keluar rumah untuk berjuang menegakkan kalimah Allah dan Ibu yang tinggal dirumah senantiasa beribadah. Roh Islam mereka akan menyerap masuk kedalam jiwa anak yang berada didalam kandungan. Seperti lahirnya watak Muhammad Al-Fateh adalah pengaruh dari roh jihad dan roh sufi ayahnya, sewaktu berada didalam kandungan ibu yang patuh kepada Allah.
Begitu juga jika sibapak yang keluar rumah untuk berpoya-poya dan ibu yang ditinggal bermain kayu tiga, roh jahat mereka akan menyerap masuk kedalam jiwa anak yang berada didalam kandungan menjadi pendurhaka. Seperti lahirnya Marilyn Monroe yang mengakui dirinya sebagai anak zina.
Mengidam kepada makanan-makanan yang pelik dan kadang-kadang ada ibu yang mengidam kepada daging babi adalah satu petanda yang tidak baik kepada pembentukan sikap dan jiwa anak-anak kelak. Masakan yang lahir dari rahim ibu yang makan makanan haram. Tentulah penjahat atau manusia yang durhaka kepada tuhan yang bakal dilahirkan. Sewaktu Abu Yazid Al-Busthamo berada didalam kandungan, ibunya tidak dapat mengangkat tangan untuk mengambil apabila dikasih makanan haram. Tangan ibunya dengan mudah dapat diangkat untuk mengambil apabila dikasih makanan halal. Tegasnya makanan ibu-ibu waktu mengandung hendaklah dijaga daripada benda-benda haram supaya generasi wali dapat dilahirkan.
Kekuatan jiwa dan akal anak-anak juga ada kaitan dengan kekuatan jiwa dan akal ibu ketika mengandung. Nabi Ismail a.s telah lahir dari rahim siti Hajar yang tabah mengandung ujian. Nabi Isa a.s. Lahir dari rahim siti Maryam yang suci. Rasulullah SAW lahir dari rahim siti Aminah yang sabar menanggung kesusahan-kesusahan hidup. Mereka semua adalah manusia-manusia yang kuat jiwa, akal dan jasmani. Jadi, anak-anak yang lemah jiwa dan akal, faktor besarnya adalah daripada kesilapan ibu-ibu waktu mengandung.
Kesimpulannya, anak-anak yang bakal dilahirkan ada hubungan erat dengan tempo sembilan bulan mereka berada didalam kandungan ibu. Pendidikan yang diterima ada hubungan terkait dengan pengalaman dan perasaan ibu selama mereka berada didalam kandungan.
Proses pendidikan didalam kandungan berterusan sehinggalah berhubung dengan suasana ketika ibu melahirkan anak.
Susah atau senang melahirkan kandungan adalah lambang pribadi anak itu sendiri. Siti Aminah memberitahu bahwa beliau tidak pernah merasai kelelahan atau kesusahan ketika mengandung dan melahirkan Rasulullah SAW, Nabi junjungan umat.
b. Tarbiah diluar kandungan
Sabda Rasulullah SAW : “Awal agama mengenal Allah”.
Telinga adalah panca indera yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada hati anak-anak yang baru lahir. Ibu-ibu hendaklah menggunakan panca indera ini untuk mengenalkan anak kecil kepada Allah dengan mendengarkan mereka dengan nasyid-nasyid yang mempunyai roh Islam. Lama kelamaan mereka akan faham sendiri apabila umur meningkat. Anak kecil jangan didengarkan dengan lagu rock and roll atau lagu putus cinta karna ia boleh merusakkan fitrah mereka yang bersih. Perbuatan ini merusakkan pengenalan pertama yang patut diberi kepada anak-anak yang dituntut oleh syariat. Sabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap nak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapaknya yang menjadikannya sama ada yahudi, nasrani atau majusi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebelum anak-anak mencapai usia belasan tahun, alam sekelilingnya mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk sikap dan jiwa mereka. Ibu bapak hendaklah mengambil peluang ini untuk membentuk anak menjadi wali yang progresif lagi dinamik wujudkan alam sekeliling mereka dengan mengadakan perbincangan-perbincangan orang dewasa yang ilmiah sama ada secara formal dan informal. Apa yang penting mereka tidak tahu bahwa majlis yang dihadapan mereka adalah untuk membentuk diri mereka. Sebaik-baiknya, seringkali mengadakan kuliah-kuliah pengajian agama dan majlis-majlis zikrullah dirumah. Walaupun ilmu yang dibahas tidak sesuai untuk peringkat umur anak-anak tetapi suasana tersebut mempunyai pengaruh yang positif kepada perkembangan akal dan jiwa mereka.
Kaedah ini boleh dibandingkan dengan ibu bapak yang sering menampakkan ketegangan hubungan mereka dihadapan anak-anak. Walaupun pada masa itu anak-anak tidak memahaminya tetapi suasana tersebut membawa kesan yang negatif pada perkembangan pribadi mereka. Lihat kepada kehidupan orang-orang cina, anak-anak mereka banyak yang menjadi ahli perniagaan karna sejak dari kecil mereka telah terbiasa dengan perbincangan Ibu Bapak tentang uang dan untung.
Imam Syafei boleh hafal Al-Quran dalam usia 9 tahun. Karna sejak dari kecil beliau sering mendengar ibunya membaca Al-Quran. Meskipun waktu itu beliau tidak memahaminya tetapi suasana alam sekelilingnya telah banyak membantu beliau menghafal dan memahami Al-Quran.
Untuk memperlanjutkan tarbiah, ambil kesempatan selama 10 menit sebelum tidur untuk bercerita kepada anak-anak tentang sejarah tokoh-tokoh Islam dan kisah orang-orang yang berakhlak mulia. Kisah orang berjaya dapat jadi pendorong kepada anak-anak untuk jadi orang berjaya. Kisah orang berani jadi pendorong kepada anak-anak untuk jadi orang yang berani. Kisah orang yang berakhlak mulia jadi pendorong untuk jadi orang yang berakhlak mulia. Begitulah juga sebaliknya. Cerita-cerita hantu membentuk jiwa anak jadi penakut dan cerita orang yang gagal membentuk jiwa anak jadi pasif. Oleh itu, ambillah kesempatan waktu sebelum tidur untuk membentuk anak-anak menjadi wali dengan bercerita. Waktu ini berkesan untuk ibu bapak terapkan hasrat mereka karna cerita-cerita tersebut akan dibawa oleh anak hingga ke tidur, meresap masuk kedalam roh dan seterusnya menjadi cita-cita.
Anak-anak jangan dibawa ketempat-tempat mungkar. Sayidina Ali diberi oleh Allah gelar Karamallahhuwajhah (Allah merahmati wajahnya) karna beliau tidak pernah menyembah berhala. Rasulullah SAW dua kali tertidur dipertengahan jalan apabila setiap kali beliau berniat untuk melangkah kaki keperayaan di kota Mekkah. Pada hakikatnya Allah yang telah menidurkan beliau karna hamba yang maksum dipelihara dirinya daripada menjejaki tempat-tempat mungkar. Jadi kalau mau anak jadi wali, mereka jangan dibawa ketempat-tempat mungkar atau tempat-tempat yang tidak berkat. Seperti pergi ke Batu Caves, Candi Borobudur, Laut Mati atau majlis tari menari. Lebih-lebih lagi jangan membawa anak-anak ke dukun untuk diobati. Anak-anak yang bakal jadi wali jangan dirusakkan dengan obat dari orang-orang yang mengkufurkan tuhan. (Sumber “Bagaimana menjadi wali karya Ust. Abd. Halim Abbas Hal : 56-61 dengan sedikit edit kata”)

Bagaimana menjadi wali bag. 6

Memasang Niat
Generasi wali boleh dilahirkan dengan kaedah memasang niat untuk mendapat anak yang beriman dan bertaqwa ketika mulai mendirikan rumah tangga dan disusul pada setiap kali berjimak. Lakukan jimak dalam keadaan hati yang senantiasa bertaqarrub dengan Allah SWT, bukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Adab-adabnya hendaklah dijaga, terutama doa jimak jangan lupa dibaca supaya terhindar dari percampuran syaithan. Ayat atau doa jimak yang dimaksudkan itu ialah : “Allahumma Janibnaa syaithan wajannibi syaithan maa razaqtanaa” (Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaithan dan hindarkanlah syaithan dalam apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak).
Penanaman benih yang dikawal ketika diperingkat awal, akan memudahkan perjalanan proses-proses pembentukan wali. Ini ibarat membesarkan pokok yang berasal dari benih yang baik adalah lebih mudah dari membesarkan pokok yang berasal dari benih yang rusak.
Berbalik kepada persoalan awal, niat untuk mendapat anak yang menjadi wali boleh dikuatkan dengan doa dan nazar. Niat yang dikuatkan dengan doa dan nazar mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan sikap dan jiwa anak-anak waktu membesar. Benih yang ditanam untuk dijadikan ahli dunia akan melahirkan manusia yang hatinya cenderung kepada dunia. Benih yang ditanam untuk dijadikan ahlillah akan melahirkan manusia yang cenderung kepada iman dan takwa.
Di Barat telah berlaku satu kisah lucu yaitu pertemuan antara pencopet saku lelaki dengan pencopet saku wanita. Setelah berkenalan, keduanya merencanakan untuk kawin dengan niat untuk memperoleh anak yang ahli dalam bidang pencopetan. Setelah nikah maka mengandunglah siistri pencopet tersebut dan akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki. Setelah semua urusan bersalin selesai, sibidan mendapati cincin ditangannya telah hilang. Setelah lelah dicari tapi tidak ketemu. Si bidan merasa kecewa ketika melihat tangan bayi anak pencopet tersebut tadi tergenggam rapat seolah-olah sedang menggenggam sesuatu.
Setelah dibuka tangannya, didapati bayi tersebut menggenggam cincin yang hilang. Barulah sibidan teringat bahwa cincinnya hilang sewaktu sedang memandikan bayi tersebut tetapi sibidan tidak tahu bagaimana bayi itu mengambil cincin dari tangannya. Lelaki dan wanita pencopet tertawa gembira apabila mengetahui berita tersebut karna niat mereka untuk memperolehi anak yang pakar dalam bidang mencopet saku telah mulai menunjukkan bakatnya.
Niat orang mukmin untuk mendapat anak berlainan dengan niat orang kafir. Kelahiran anak orang mukmin disambut dengan harapan dapat membawa kebaikan didunia dan diakhirat. Dan adalah menjadi harapan agar anak itu senantiasa memberi manfaat kepada orang lain dan disenangi oleh manusia serta disenangi oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Niat dan harapan orang mukmin pada setiap kelahiran anak mereka telah Allah gambarkan didalam Al-Quran. Firman Allah : “Dan orang-orang yang berkata, “Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa.” (Al-Furqaan :74)
Nabi Zakaria AS telah berdoa kepada Allah semoga dikurniakan seorang anak yang dapat menyambung perjuangannya. Doa Nabi Zakaria AS telah Allah wahyukan kepada Rasulullah SAW dan dicatat didalam Al-Quran supaya dapat memberi panduan kepada orang-orang yang kemudian : “Ya Tuhanku, berilah aku disisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa. “ (Ali Imran :38)
Dalam doa beliau yang lain : Ia berkata : “Ya tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap waliku (orang yang menyambung perjuangan) sepeninggalanku, sedang istriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku disisi Engkau seorang putra, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebagian keluarga Yaakub, dan jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diridhai. (Maryam 4-6)
Hasil dari kesungguhan berdoa untuk memperolehi anak yang bertakwa, Allah telah kurniakan kepada Nabi Zakaria A.S seorang putra yang bertaraf Nabi. Walaupun wali bukan warisan tetapi kita boleh berusaha dengan berdoa. Firman Allah : “Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia sedang berdiri bersembahyang di mihrab (katanya) : “Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putera Yahya, yang membenarkan kalimat yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari pengaruh hawa nafsu) dan seorang Nabi dari keturunan orang-orang shaleh.” (Ali Imran : 39)
Seorang yang bertaraf Nabi masih berdoa untuk memperolehi anak yang bertaqwa maka orang aqam seperti kita lebih patut berdoa untuk memperolehi anak yang bertaraf wali. Jangan berdoa untuk memperolehi anak yang bakal jadi Jutawan atau berkedudukan semata-mata, karna Allah hanya akan menyerahkan dunia ini kepada orang-orang yang shaleh. Firman Allah : “Sesungguhnya bumi (dunia) ini akan diserahkan kepada Hamba-Ku yang Shaleh. (Al-Anbia' :105)
Allah juga menjanjikan akan menyerahkan dunia ini kepada orang-orang shaleh sebagaimana firmannya : “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amal shaleh, bahwa dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi (An-Nur :55)
Bila anak-anak dijadikan ahli dunia, itu bermakna dunia dan akhirat terlepas dari tangannya. Lebih-lebih lagi tidak patut kalau ibu bapak mendoakan anak-anak mereka menjadi Bintang Film yang terkenal atau penyanyi yang populer. Permintaan ini memusnahkan kehidupan anak-anak didunia dan diakhirat. Di dunia mereka menjadi orang yang hina dan diakhirat mereka dimasukkan kedalam api neraka. Ibu Bapak hendaklah bijak menentukan karir yang boleh membawa kesejahteraan kepada anak-anak dengan menggunakan kaedah doa orang-orang mukmin.
Berdoalah seperti Nabi Ibrahim a.s yang berdoa untuk anak-cucu baginda sebagaimana yang termaktub didalam Al-Quran : “Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, “Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan anak cucuku daripada menyembah berhala”. (Ibrahim :35)
Dalam doa baginda yang lain : “Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan sholat, ya tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Ibrahim:40)
Berkat doa Nabi Ibrahim kepada Allah, beliau telah dikurnia dari keturunannya seorang Rasul yaitu Nabi Muhammad SAW yang menjadi pemimpin Ummah.
Niat yang dikuatkan dengan nazar juga merupakan amalan orang-orang muqarrabin (yang dekat dengan Allah). Nazar ialah menunaikan janji apabila niat terkabul. Ada orang yang bernazar kepada Tuhan untuk mendapat duniawi atau perkara-perkara yang tidak menepati syariat. Seperti “Aku akan bersedekah karna Allah taala kalau dikurniakan anak yang mahir dalam permainan badminton.” atau “Aku akan berpuasa kalau dapat pinjaman bank.”nazar-nazar ini adalah nazar terkutuk karna permintaannya sudah berlawanan dengan syariat. Bernazarlah seperti istri Imran yang bernazar. Firman Allah didalam Al-Quran : “ingatlah ketika istri Imran berkata : “Ya tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang shaleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis), karna itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Ali Imran :35)
Sekalipun anak yang dilahirkan oleh istri Imran seorang perempuan bernama Maryam namun hasil daripada keturunannya telah lahir Nabi Isa a.s Nazar yang baik, insya Allah akan membuahkan hasil yang baik. Firman Allah : “Maka tatkala istri Imran melahirkan anaknya, diapun berkata, “Ya Tuhanku sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu, dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuann. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku melindungkannya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaithan yang terkutuk. (Ali Imran:36)
Syeikh Abdul Kadir Jailani sejak dari kecil sudah tertonjol sifat kewaliannya hasil dari niat dtuknya Abdullah Saumi ayahnya Abu Shaleh dan ibunya Fatimah untuk memperoleh keturunan yang taqarrub ilallah. Sewaktu masih kecil, Syeikh Abdul Kadir Jailani telah berpuasa tanpa menghisap susu ibunya di Bulan Ramadhan. Setelah sampai waktu berbuka barilah beliau menghisap susu ibunya. Sifat-sifat kewaliannya semasa kecil telah dibawanya hingga ke dewasa.
Imam Ghazali dapat mencapai kedudukan sebagai wali Allah. Kekuatan awalnya datang dari doa ayahnya yang shaleh. Ayahnya seorang yang miskin yang kerjanya menenun dan memintal benang dari bulu. Beliau sangat cinta pada ilmu pengetahuan dan seringkali menangis apabila mendengar pengajian agama dari para ulama. Beliau telah berdoa kepada Allah SWT semoga dikurnia anak yang pandai dalam bidang agama. Doanya dikabul oleh Allah tapi sayangnya beliau tidak sempat melihat kejayaan anaknya karna telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu.
Rabiatul Adawiyah sekalipun telah bersalut lumpur duniawi di pertengahan jalan hidupnya namun telah selamat menuju Thoriq Ilallah dari hasil barakah doa ibu yang shalihah. Walaupun ibu Rabiatul Adawiyah buta matanya tetapi cerah akalnya dalam menentukan kesejahteraan anaknya dengan memohon kepada tuhan dengan doa yang tepat. (Sumber buku “Bagaimana menjadi wali” Hal 49-56 dengan sedikit edit kata-kata Karya Ust Abd. Halim Abbas)

Bagaimana menjadi wali bag. 5

Memilih pasangan
perkawinan antara benih pohon yang baik dengan benih pohon yang baik akan melahirkan benih pohon yang baik. Begitu juga perkawinan antara benih lelaki yang baik dengan benih wanita yang baik akan melahirkan anak yang baik. Rasulullah telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik yaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang lebih utama dipilih atas agamanya.
Nabi-nabi lahir hasil dari perkawinan benih yang baik. Nabi Muhammad SAW lahir hasil dari perkawinan benih Abdullah yang mulia dengan siti Aminah yang mulia. Nabi Ismail a.s lahir hasil dari perkawinan benih nabi Ibrahim Khalilullah dengan siti Hajar wanita yang tabah. Nabi Yusuf a.s lahir hasil dari perkawinan benih nabi Yaakub a.s. Dengan Raihanah wanita yang patuh. Nabi Isa a.s lahir hasil dari perkawinan roh yang ditiup oleh malaikat ke dalam rahim Siti Maryam, wanita penghulu syurga.
Wali-wali Allah juga lahir hasil dari pertemuan benih yang baik. Syeikh Abdul Kadir Jailani lahir hasil dari perkawinan benih Abu Saleh Janghidost dengan Fatimah. Abu Saleh adalah keturunan Imam Hasan dan beliau adalah seorang pemuda yang sangat cinta kepada Allah. Kewarakannya boleh dilihat daripada sejarah hidupnya.
Sebelum bertemu jodoh dengan fatimah. Pada suatu hari seperti biasa beliau d uduk ditepi sungai bertafakur dengan menutup mata. Apabila dibuka mata, perutnya terasa sangat lapar karna sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji apel sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Sewaktu sedang mengunyah maka tergeraklah dihatinya bahwa apel tersebut ada hak milik orang, dan Abu Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa karna memakan buah apel tersebut tanpa meminta izin daripada pemiliknya terlebih dahulu.
Atas rasa takut kepada tuhan, Abu Saleh menyusuri kehulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan yang punya apel tersebut untuk meminta maaf (halal). Setelah berhati-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok Apel dan yakinlah ia bahwa apel yang dimakan tempo hari adalah dari pohon itu. Tanpa membuang waktu, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pohon apel yaitu Abdullah Saumi yang berketurunan dari Imam Husin. Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Abdullah Saumi telah jatuh hati pada akhlak Abu Saleh dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu beliau telah membuat trik dengan memaafkan kesalahan Abu Saleh tapi dengan bersyarat. Syaratnya Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk mengurus kebun apelnya. Abu Saleh telah mematuhi hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempo tersebut.
Setelah berlalu 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahwa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengawini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua tangan serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal disitu selama dua tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat tetapi demmi mencari keridhaan Tuhan, diturutinya juga.
Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi istri beliau. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita yang berada dihadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mau didekatinya wanita tersebut karna disangkanya bukan istrinya.
Dengan pandangan mukasyafah, Abdullah Saumi dapat melihat apa yang terjadi kepada anak menantunya. Pada esok harinya, Abdullah Saumi menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh. “Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya karna ia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya. Pekak telinganya karna tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua tangannya karna tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan keatasnya, dan lumpuh kedua kakinya karna tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar.” selepas itu barulah abu mau menyentuh istrinya. Pertemuan benih antara lelaki yang cinta kepada Allah dengan wanita yang cinta kepada telah melahirkan seorang wali besar yang kakinya berada diatas semua leher wali wali Allah.
Kelahiran khalifah Umar bin Aziz juga adalah hasil dari perkawinan benih antara lelaki yang baik dengan wanita yang baik. Datuk Umar ibnu Aziz adalah anak kepada Sayidina Umar ibnu khattab dan neneknya adalah seorang wanita yang warak bernama Fatimah. Fatimah dinikahkan dengan Abdullah adalah atas pilihan Sayidina Umar sendiri karna berkenan dengan pribadinya. Pada suatu malam, seperti biasa Sayidina Umar mengadakan ronda untuk meninjau kehidupan rakyatnya sehingga beliau sampai ke rumah Fatimah. Tanpa disadari akan kehadiran Sayidina Umar, Fatimah dan Ibunya telah bertikai mengenai susu yang hendak dijual. Ibu fatimah memintanya menambah air kedalam susu supaya mendapat keuntungan. Sedangkan fatimah menahan kehendak ibunya karna itu bermakna mereka menipu pelanggan. Ibunya berkata, “Umar tidak melihat apa yang kita buat.” Jawab Fatimah.
Sayidina Umar telah mendengar perbualan mereka dan lantaran kewarakan Fatimah maka dipinangnya untuk dijadikan menantu.
Dengan pandangan yang mukasyafah, Sayidina Umar ibnu Khattab memberitahu bahwa, “Akan lahir, seorang pemimpin yang membawa keadailan dari keturunan Abdullah dan Fatimah. Namanya serupa dengan nama aku.” Sewaktu negara Islam berada dibawah pemerintahan Umar ibnu Abdul Aziz, kambing dan serigala boleh berkawan disebabkan keadilan beliau yang merata. Kewafatan beliau ditangisi. Dari pertemuan benih lelaki dan wanita manakah lagi yang mampu untuk melahirkan Umar Abdul Aziz yang kedua?
Bisyru Al Haafi yang dipilih menjadi wali secara Mauhibah turut datang dari pertemuan benih lelaki dan wanita yang baik bahkan dari ayah dan ibu beliau telah lahir seorang lagi manusia yang bertaqwa yaitu adik perempuan kepada bisyru. Setelah bisyru wafat, adik beliau telah pergi berjumpa dengan imam Ahmad bin Hambal dan bertanya : “Kami bekerja menenun pakaian didalam rumah. Kadang-kadang melintas sejumlah orang membawa lampu yang cahayanya masuk kerumah kami. Apakah kami boleh menenun dibawah cahaya tersebut?”
pertanyaan adik bisyru itu dijawab dengan pertanyaan juga oleh Imam bin Hambal, “Ibu kepada siapa kamu?”
“Saya saudara perempuan kepada Bisyru.”
tiba-tiba Imam Ahmad bin Hambal menangis sampai membawa hadirin disekeliling turut menangis. Kemudian beliau berkata, “dari rumah (ibu bapa) tuan-tuan telah lahir manusia yang warak dan zuhud. Oleh itu, janganlah ibu menenun didalam cahaya lampu orang-orang yang melintas. Bagi kepala keluarga bisyru tidak pantas melakukan apa yang harus dibuat oleh manusia lain.” (Sumber Buku “Bagaimana menjadi wali “ Hal 45-49)

Bagaimana menjadi wali bag. 4

Firman Allah :
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa neraka (At-Tahrim : 6)
Allah menuntut setiap orang daripada kita memelihara diri dari api neraka dan juga ahli keluarga terutama anak istri yang menjadi tanggung jawab masing-masing. Menanam cita-cita untuk melahirkan generasi wali adalah tindakan yang bijaksana karna wali adalah orang yang beriman dan bertakwa. Orang yang beriman dan bertakwa dijanjikan keselamatan mereka di dunia dan diakhirat. Firman Allah : Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, akan Allah lepaskan dari kesusahan hidup dan diberi-Nya dari sumber yang tidak diduga. (At-Thalaq: 2-3)
Firman Allah : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh akan memperolehi syurga yang penuh kenikmatan (Luqman : 8)
bercita-cita untuk menjadi Rasul atau Nabi adalah cita-cita yang mustahil karna mereka adalah manusia pilihan tuhan. Sebaliknya bercita-cita menjadi wali sangat tepat, bersesuaian dengan kedudukan kita sebagai orang awam. Sekalipun cita-cita menjadi wali tidak tercapai tetapi matlamat untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah tidak tergelincir terlalu jauh. Sekurang-kurangnya kedudukan sebagai orang shaleh (orang-orang baik) atau golongan Abrar (orang-orang yang berbakti) atau golongan Al Faizun (orang yang mendapat kemenangan) atau golongan Ashabul Yamin (orang-orang yang menerima suratan amal dari sebelah tangan kanan di padang mahsyar) dapat dicapai. Golongan ini masuk syurga tapi agak lambat karna dihisab terlebih dahulu.
Mendidik diri sendiri menjadi wali lebih susah dari mendidik anak-anak. Hidup orang yang sudah bergelimang dan terpaut dengan kehidupan duniawi lebih payah dibentuk dari pada membentuk hidup anak-anak yang masih rebung. Ini umpama mengukir diatas bekas hapusan ukiran yang tidak mungkin menghasilkan karya yang cemerlang jika dibandingkan mengukir diatas batu yang bersih dari ukiran. Sabda Rasulullah SAW : “Kullu Mauludin Yuuladu alal Fitrah” (Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah) Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan ini bukan bermaksud untuk mematahkan cita-cita orang dewasa untuk menjadi wali, tetapi untuk memberitahu bagaimana bentuk-bentuk pendidikan yang perlu dhberi mengikut kategori masing-masing.
Mendidik anak-anak menjadi wali adalah tanggungjawab ibu bapak dan masyarakat disekelilingnya. Penglihatan semua orang ini akan membolehkan kita melahirkan generasi yang baik. Generasi yang baik dapat membentuk negara jadi baik. Firman Allah : “Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghaffur” (Negara baik (makmur) yang mendapat ampunan tuhan (As.Saba :15) )
wali bukan keturunan, bukan harta warisan. Anak para wali ada yang menjadi orang fasiq dan ada yang durhaka kepada tuhan. Seperti juga anak nabi Nuh dan istri nabi Luth yang menjadi manusia yang ingkar dengan Tuhan. Usaha ikhtiar perlu diadakan untuk membentuk anak-anak menjadi wali setelah didahului dengan rasa tawakal.
Kalau rezim komunis mengadakan pendidikan khas untuk melahirkan anak-anak yang berfahaman komunis supaya ideologi mereka ada penyambung. Maka kita umat Islam lebih patut mengadakan pendidikan sendiri yaitu pendidikan rohani untuk melahirkan wali-wali supaya dapat mendaulahkan Islam kembali sebagaimana pendidikan Rasulullah terhadap sahabat-sahabat di Mekkah dan Madinah, pendidikan Imam Ghazali di Baghdad dan pendidikan Hasan Al Basri terhadap murid-murid di Bashrah.
Antara kaedah-kaedah untuk melahirkan generasi wali adalah sebagai berikut :
Memelihara Keturunan
Keturunan zina tidak berhak menjadi wali. Tidak ada yang menjadi Rasul dan Nabi dari keturunan zina. Begitu juga tidak ada yang menjadi wali dari keturunan zina. Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul adalah dari keturunan yang sangat terang silsilahnya hinga sampai ke Nabi Ibrahim. Walaupun Rabiatul Adawiyah perna hidup bertukar dari satu tangan lelaki kepada satu tangan lelaki, tetapi ketika itu beliau adalah seorang hamba sahaya yang dimiliki oleh tuan. Beliau sangat berkeinginan untuk menjadi orang yang merdeka tetapi tidak punya harta untuk menebus diri. Sehinggalah pada suatu hari beliau dibebaskan oleh tuannya apabila tuannya mendengar Rabiatul Adawiyah merayu ditengah malam : “Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadah kepada-Mu. Tetapi apa yang boleh aku buat karna Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”
Ibu Rabiatul Adawiyah adalah seorang perempuan yang solehah dan yang senantiasa mendoakan kesejahteraannya. Ini membuktikan Rabiatul Adawiyah adalah keturunan yang baik. Keturunan baik adalah ibarat batu mutiara. Batu Mutiara walaupun dilempar kedalam lumpur akan tetap kekal sebagai batu mutiara.
Anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh ayahnya dan tidak berhak mewarisi sebarang harta. Menerangkan kedudukan anak zina bukan menyuruh kita membenci anak zina, tetapi untuk memberi peringatan supaya jangan sesekali melibatkan diri dalam kancah zina. Firman Allah “Jangan kau hampiri zina” (Al-Isra :32)
menurut pengalaman kebanyakan guru agama di Malaysia, memang sukar untuk mendidik anak-anak zina. Jiwa mereka lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada melakukan kebaikan. Menurut penyelidikan ahli-ahli ruhani, kebanyakan daripada penentang-penentang agama adalah terdiri daripada keturunan anak zina. Pertalian daripada percampuran yang haram sangat mendorng anak yang lahir melakukan pekerjaan yang haram. Pembentukkan darah dan daging daripada percampuran yang haram sangat menyukarkan malaikat Mulhim menduduki hati mereka untuk membisikkan kebaikan, tetapi sangat memudahkan syaithan menduduki hati mereka untuk membisikkan kejahatan.
Dalam menghadapi permasalahan ini, anak zina tidak berhak dipersalahkan tetapi lelaki dan wanita yang melakukan zina yang patut dihukum rotan 100 kali atau dirajam sampai mati karna akibat dari perbuatan mereka yang terkutuklah generasi yang dilahirkan menjadi porak poranda.
Terjadinya anak zina bukan hanya disebabkan berhubungan tanpa nikah, tetapi boleh juga terjadi sebabkan nikah yang rusak ataupun zazat. Nikah menjadi rusak apabila wali dan saksi terdiri daripada orang-orang yang fasiq. Nikah menjadi cacat apabila kenduri kawin dipenuhi kemungkaran seperti percampuran bebas antara lelaki dan wanita, persandingan dan majlis tari menari. Sekiranya dilihat dari corak perkawinan masyarakat hari ini yang banyak tidak menepati syariat, maka dari itu banyaklah anak-anak zina yang dilahirkan. Justru itu, kita mendapati sangat sukar untuk mendidik manusia hari ini menjadi baik karna keturunan sudah tidak jelas bersihnya. Akhirnya, wali-wali Allah sudah semakin berkurangan dibumi ini, sedangkan wujud mereka dapat membawa rahmat dan menolak bala bencana. Firman Allah : “Jikalau penduduk kampung yang beriman dan bertaqwa maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (Al-A'araf : 96)
oleh itu, untuk membentuk generasi wali maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat. Wali dan saksi sekurang-kuranya hendaklah terdiri daripada orang shaleh dan kenduri kawin hendaklah tercegah daripada mungkar. Lafaz talak hendaklah dipelihara dengan baik, jangan sesekali dijadikan bahan senda gurau atau perbualan harian. Contohnya, si suami berkata kepada istri : “kelau engkau balik kampung juga, maka pulanglah terus.” pulang terus disini dengan niat jatuh talak. Dan seandainya si istri pulang maka jatuhlah talaknya. Setelah peristiwa ini berlaku tetapi masih tidur bersama, alamat lahirlah anak zina. (Sumber Buku Bagaimana menjadi wali Hal 40-45 dengan sedikit edit kata-kata)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...